OP BENTENG: KEKUATAN ANGGOTA AKAN DIPERTINGKATKAN JIKA PERLU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 1: KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH (Pencerobohan dan Pembolosan Sempadan

Kekuatan Op Benteng akan ditingkatkan dengan pertambahan anggota sekiranya perlu, susulan pembukaan sempadan negara bermula Jumaat lepas (1 April 2022).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini melalui jalan tidak sah atau ‘jalan tikus’, dijangka meningkat susulan pembukaan sektor ekonomi dan peluang pekerjaan. Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Majlis Perbarisan Tahunan Putera MTD di Kem Perdana Sungai Besi pada 2 April 2022.

Tan Sri Affendi turut memaklumkan bahawa, pihaknya akan mengkaji trend trafik kemasukan pendatang tanpa izin ini terlebih dahulu dengan komander di lapangan dan melihat jika ada keperluan untuk menambah bilangan anggota di pusat kawalan sempadan yang sepatutnya.

Sumber:

Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …