APA ITU GELOMBANG HABA?

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pengurusan Perubahan Iklim)

GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, GELOMBANG HABA ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut dan kebiasaannya berlaku pada Mac-April.

Ia boleh mengakibatkan jerebu, kemarau dan menjejaskan kesihatan. Penyakit yang berkaitan dengan haba termasuk dehidrasi, kekejangan panas, keletihan haba, strok haba, dan memburuknya keadaan perubatan yang sedia ada. Jika difokuskan kepada strok haba, ia adalah kondisi dimana pentermokawalaturan badan gagal. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk:
⭕️ minum air secukupnya
⭕️ hadkan aktiviti luar dan
⭕️ pakai pakaian yang mudah menyerap peluh
Sumber:
Laman Facebook Mets Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …