SELAMAT MENYUNTIK VAKSIN RAMADAN 1443H

 

Maghrib khatimah Syaaban semalam, tentunya kita sekeluarga khusyuk berdoa
“Ya Allah, sejahterakanlah kami sehingga datangnya Ramadan. Sejahterakanlah Ramadan bagi kami dan terimalah daripada kami (ibadat pada bulan itu).
Amin ya Rabbal ‘alamin.”
Segala puji bagi Allah SWT atas kurniaan rezeki kepada kita menyambut ketibaan Ramadan 1443H hari ini, dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.
Sesungguhnya kunjungan bulan kesembilan dalam takwim Hijriah ini ditamsilkan sebagai penawar bagi racun mazmumah yang bersarang selama sebelas bulan dalam kalbu manusia.
Selamat menyuntik vaksin Ramadan semoga imunisasi ruh dan jasad kita kebal daripada segala kemungkaran serta beroleh keberkatan dalam maghfirah-Nya.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …