PKN MKN MELAKA WAKIL PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TERIMA PJC

AYER KEROH – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Nasrul bin Menhat antara 489 penerima Pingat Jasa Cemerlang (P.J.C) sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2022.Turut menerima Pingat Jasa Cemerlang (P.J.C) ialah 2 orang pegawai dan seorang kakitangan MKN Melaka iaitu Puan Sazrinah binti Mahamad Gaos, DSP Muhamad Jamil bin Haji Ahmad dan Encik Kamarul Zaman bin Abu@Abdullah.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman bin Md Ali dan diiringi YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi bin Johari.

Penganugerahan P.J.C ini merupakan insentif dari pihak Kerajaan Negeri Melaka kepada pegawai dan kakitangan awam yang telah menyumbang khidmat bakti dalam menangani wabak COVID-19 di negeri Melaka. Penganugerahan ini juga adalah selari dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bilangan 9 Tahun 2020.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima.

Terima kasih Kerajaan Negeri Melaka yang memberi pengiktirafan ini terutama kepada petugas barisan hadapan di peringkat negeri dan persekutuan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …