INDUSTRI PELANCONGAN TEMPATAN: PERLU BERSEDIA TERIMA PELANCONG BERIKUTAN FASA PERALIHAN ENDEMIK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Susulan pembukaan kembali sempadan negara pada hari ini (1 April 2022), pemain industri pelancongan tempatan diminta bersedia menerima kemasukan pelancong antarabangsa yang dijangka berjumlah dua juta orang.

Pengarah Kanan (Promosi Antarabangsa) Tourism Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar memaklumkan pada sidang media di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bahawa pembukaan sempadan dijangka merancakkan kembali industri pelancongan yang suram sejak dua tahun kebelakangan ini. Menurutnya, kemasukan dua juta pelancong terbabit dijangka memberi impak positif kepada industri pelancongan tempatan apabila mereka diramal berbelanja sehingga RM8.6 bilion sepanjang tahun ini.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya melihat ketibaan Ramadanpada Ahad ini (3 April 2022) juga tidak akan menjejaskan kemasukan pelancong luar kerana ia boleh dijadikan sebagai sebahagian promosi pihaknya menarik pelancong.

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …