MAIWP SERAH BANTUAN PERIKANAN BERJUMLAH RM27,850

WP LABUAN – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)  menyerahkan bantuan perikanan  membabitkan sebuah bot dan  dua enjin bot kepada tiga nelayan tempatan di sini dengan nilai  bantuan keseluruhan berjumlah RM27,850.00.

Majlis penyerahan bantuan tersebut disempurnakan oleh Setiausaha MAIWP, Datuk Mohd. Ajib Ismail yang diadakan di pesisir pantai  Marina Awam, Jalan Tanjung Purun di sini pada Khamis.

Tiga nelayan tempatan yang menerima bantuan  berkenaan ialah  Abdul Azis Mukti, 32 seorang nelayan sepenuh masa dari  kampung Bebuloh Laut  menerima sebuah bot jenis fiberglass bernilai RM13,850.

Abdul Azis yang mempunyai tanggungan seorang isteri dan dua anak juga merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP sebayak RM400 sebulan.

Manaka dua lagi nelayan masing masing menerima sebuah enjin bot.

Mereka ialah Seruji Bakar, 41,  seorang   nelayan sepenuh masa menerima sebuah enjin bot 30HP bernilai RM7,950.00.

Bantuan tersebut adalah bagi menggantikan bot beliau yang rosak dan bocor akibat  dilanda ribut ketika beliau sedang menangkap ikan di laut.

Beliau juga merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP RM500.00 sebulan.

Seorang lagi nelayan sepenuh masa yang menerima  enjin bot 15HP  bernilai RM6,050.00 ialah Zaini Zaniel 54.

Beliau menerima enjin baharu itu bagi menggantikan enjin bot beliau yang dilaporkan telah dicuri semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID 19 yang lalu.

Zaini juga merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP RM400 sebulan.

MAIWP berharap bantuan  yang disalurkan melalui wang zakat hasil  daripada pembayar zakat dapat membantu meningkatkan ekonomi golongan asnaf ke arah yang lebih produktif dan berdaya saing.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu Pengurus MAIWP Labuan Ustaz Md. Fadzli Md Saad.

Sumber: MAIWP Labuan

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

INFO KESIHATAN: GULA BUAH-BUAHAN LEBIH BAIK BERBANDING GULA PROSES

Gula yang kita ambil setiap hari seperti dalam minuman dan makanan merupakan sejenis gula yang telah diproses. Antara jenis-jenis gula …
Maklumat Lanjut

TAPAK PELUPUSAN SAMPAH KAMPUNG SUNGAI IKAN, TERENGGANU TERBAKAR.

Operasi memadam lebih 75 peratus kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu sedang giat dijalankan. Pengarah …
Maklumat Lanjut

TAKLIMAT KERJA UKUR POST-MONSOON BAGI PENGUMPULAN DATA HIDOGRAFI DI MUARA SUNGAI GOLOK

Program usahasama Malaysia Thailand. Tarikh : 25/4/2025 Masa : 10.00 pagi Tempat : Imigresen Thailand dan lawatan ke pesisir muara …
Maklumat Lanjut