MAIWP SUMBANG RM759,000 SEMPENA RAMADHAN

WP LABUAN – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan sumbangan sebanyak RM759,000  untuk membantu masjid dan surau  melaksanakan  aktiviti pengimarahan sepanjang bulan Ramadan disamping membantu memperkasakan aktiviti pentadbiran masjid dan surau.

Sumbangan itu  melibatkan 16 buah masjid, 16 surau Jumaat dan 29 surau.

Setiap masjid menerima sebanyak RM15,000 manakala  surau Jumaat  menerima sumbangan RM12,500 dan  surau RM11,000.

Majlis penyerahan sumbangan   itu disempurnakan oleh   Setiauhsaha MAIWP, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail di Dewan Al-Fateh    pejabat MAIWP Labuan, pada Khamis.

Hadir sama, Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md Saad serta pegawai dan kakitangan yang terlibat.

Pada majlis yang sama, Mohd Ajib turut menyampaikan watikah pelantikan   45 amil  untuk mengutip Zakat Fitrah  yang melibatkan  31 kawasan di sekitar Labuan.

Mohd Ajib berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah menetapkan tiga kadar zakat fitrah di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya iaitu RM7.00, RM14.00 dan RM21.00 dan bayaran zakat Fitrah boleh dibuat berpandukan kemampuan pembayar.

Sumber: MAIWP Labuan
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut