PANDEMIK COVID-19 BUKANLAH PENGHALANG DALAM PENINGKATAN PENGELUARAN PADI DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Keselamatan Makanan/ Food Security)

 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lahar Bubu, Pulau Pinang tidak menjadikan pandemik COVID-19 sebagai halangan dalam pengeluaran padi malah menjadikan PPK Lahar Bubu lebih cekap dan dinamik dalam memastikan pengeluaran padi dapat diteruskan tanpa sebarang masalah.

Justeru, sempena sempena Anugerah Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2021 (HPPNK 2021) pertubuhan tersebut telah memenangi Anugerah Premier Pertubuhan Peladang atas faktor kecekapan tadbir urus dan kewangan serta perkhidmatan kepada ahli yang baik

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPK Lahar Bubu, Datuk Md Zabidi Ariffin berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha berterusan pihak pengurusan dan petani dalam mencapai sasaran yang ditetapkan walaupun dalam tempoh pandemik.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran semasa pandemic COVID-19, PPK Lahar Bubu mengekalkan pengurusan yang baik dengan mengambil langkah proaktif memastikan perkara penting berkaitan penghasilan padi seperti baja, racun dan yang berkaitan tidak terjejas.

Sumber:

Sinar Harian

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …