TANGKAPAN KES DADAH DI KAWASAN BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)

Pada 31 Mac 2022,  satu tangkapan (1) lelaki berusia 20’an telah dilaksanakan oleh Balai Polis Balik Pulau semasa menjalankan tugas ‘Op Sarang’ di Pulau Betong, Balik Pulau.Suspek ditahan semasa anggota bertugas ternampak suspek sedang duduk di bawah pokok berhampiran Masjid Pulau Betong dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan telah menemui lebih kurang 0.07 gram dadah disyaki syabu. Kes disiasat di bawah Sek 12(3) ADB 1952 dan Sek 15(1)(a) ADB 1952.
Manakala dalam perkembangan lain, satu tangkapan (1) lelaki berusia 20’an oleh anggota Balai Polis Sungai Pinang kerana disyaki penagih dadah di tepi jalan Sungai Pinang, Balik Pulau, P.Pinang. Hasil pemeriksaan telah menjumpai (1) plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 0.36 gram serta (1) botol disyaki alat untuk menghisap dadah. Hasil ujian saringan awal Polis dapati suspek positif dadah jenis “AMPHETAMINE & METHAMPHETAMINE”. Kes disiasat di bawah Sek 12(3) ADB 1952 dan Sek 15(1)(a) ADB 1952.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya ditalian, 04-8664122, 0192238169 ( whatsapp) atau Facebook (page) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui messenger.
Sumber:

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …