PEMANTAUAN TERHADAP LOKASI PANAS PANAS PONTENG PUASA SEPANJANG RAMADAN OLEH JHEAIPP

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2: KESTABILAN SOSIO-POLITIK (Sensitiviti Agama)

Sebagai langkah membanteras tindakan tidak menghormati Ramadan dan meningkatkan kesedaran umat Islam tentang kepentingan Ramadan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan menjalankan operasi pemantauan di 120 lokasi panas yang dikenal pasti di negeri ini.

Operasi tersebut akan dijalankan secara bersepadu dengan kerjasama agensi lain antaranya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Kesihatan negeri dan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP.

Operasi Bersepadu Bulan Ramadan ini adalah manifestasi kesungguhan pentadbiran Islam negeri ini untuk mengajak umat Islam agar sama-sama memuliakan bulan suci yang bakal disambut beberapa hari sahaja lagi. Program ini bakal dilaksanakan secara kolektif oleh beberapa agensi lain.

Operasi ini juga turut memberi tumpuan kepada aspek kebersihan premis dan pengendalian makanan, pematuhan terhadap syarat-syarat permohonan lesen dan lain-lain yang berkaitan mengikut peruntukan undang-undang serta peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

Operasi ini juga dilaksanakan dengan tujuan untuk membanteras tindakan tidak menghormati bulan Ramadan seperti sengaja makan atau minum di khalayak ramai tanpa sebarang halangan atau uzur syar’ie. Individu yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

Antara kesalahan yang akan dikenakan tindakan adalah menjual kepada mana-mana orang Islam makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap ketika waktu berpuasa. Selain itu, minum, menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya secara terbuka atau tempat awam turut dikenakan tindakan undang-undang yang sama.

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …