KERAJAAN MALAYSIA DAN KERAJAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA (P.R.CHINA) MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) KERJASAMA DALAM PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

PUTRAJAYA, 31 Mac 2022 – Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China (P.R.China) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama dalam Perubatan Tradisional dan Komplementari di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.
MoU ini merupakan lanjutan daripada memorandum asal yang telah ditandatangani pada 7 November 2011 bagi menggalakkan Perubatan Tradisional dan Komplementari, memudahkan dan menggalakkan kerjasama dalam bidang (1) amalan, (2) bahan dan produk perubatan, (3) pendidikan dan latihan serta dalam (4) penyelidikan dan pembangunan. Selain itu bagi mengukuhkan kedudukan Perubatan Tradisional dan Komplementari dalam sistem penjagaan kesihatan Negara.
MoU ini ditandatangani oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia dan YBrs Dr. Yu Wenming, Pesuruhjaya Pentadbiran Kebangsaan Perubatan Tradisional Cina (NATCM), P.R.China dalam satu majlis yang dijalankan secara maya.
Turut hadir, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Datuk Harjeet Singh A/L Hardev Singh, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan YBrs Dr Goh Cheng Soon, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari KKM.
Sumber : FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …