AKTIVITI PLOGGING DI BUKIT BINTANG

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini bersama-sama dengan komuniti Bukit Bintang seperti Federal Hotel Kuala Lumpur, Plaza Low Yat, KRT Jalan Angsoka, Kuala Lumpur Baptist Church, dan wakil agensi seperti IWK, SW Corp dan Alam Flora, telah menjalankan program plogging di sekitar kawasan Bukit Bintang sepanjang 3.5 kilometer.

Tujuan program ini dijalankanΒ  bagi memberi peluang kepada komuniti tempatan untuk mengutarakan isu-isu kerosakan fizikal kepada Jabatan yang bertanggungjawab untuk tindakan segera.

Antara sisa pepejal yang banyak dikutip adalah puntung rokok, pembalut gula-gula dan makanan, topeng pelitup muka serta pembalut plastik.

Sisa-sisa ini bersaiz kecil dan berisiko untuk masuk ke longkang dan saliran. Ini akan menyebabkan longkang dan sistem saliran bandar tersumbat dan menyumbang kepada banjir kilat dan pencemaran sungai.

Warga kota dinasihatkan supaya tidak membuang sampah merata-rata dan bantu mengutip dan membuang sampah di tong sampah sekiranya anda ternampak sampah di tempat yang tidak sepatutnya.

Bersama kita menjaga kebersihan dan keindahan bandar raya dan alam sekitar.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

#klbersihdanindah

#sdg3 #sdg11 #sdg17

Sumber : DBKL