MAJLIS ANUGERAH TANDAS BERSIH SELIAAN DBKL TAHUN 2021/2022

KUALA LUMPUR, Telah berlangsung Majlis Anugerah Tandas Bersih Seliaan DBKL Tahun 2021/2022 yang telah disempurnakan oleh YBhg Datuk TPr. Sulaiman bin Mohamed, Pengarah Eksekutif Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Sebanyak 10 buah tandas selian DBKL telah dipilih untuk memasuki peringkat akhir daripada 28 penyertaan setelah dinilai dari segi keadaan kebersihan, kemudahan sanitari dan juga keperluan tambahan seperti ruang OKU dan ruang menukar lampin.

Tempat pertama telah dimenangi oleh Tandas Awam Jalan Perdana di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi, bagi tempat kedua telah dimenangi oleh Tandas Dewan Serbaguna Taman Desa Bakti di bawah seliaan Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan dan Tempat Ke 3 dimenangi oleh Tandas Awam Rumah Sampan, Tasik Perdana di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi.

Penganjuran pertandingan seperti ini akan diharap menjadi penggalak kepada setiap jabatan terlibat untuk meningkatkan kebersihan tandas dan mengekalkan kebersihan tersebut setiap masa.

Turut menghadiri majlis ini adalah YBhg Datuk Sr. Kamarulzaman bin Mat Salleh, Pengarah Eksekutif Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

Sumber : FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …