5,000 GERAI BAZAR RAMADAN SEKITAR KUALA LUMPUR

Sebanyak 5,000 gerai bazar Ramadan akan beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjelang Ramadan tahun ini.

Menurut Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan, ia akan melibatkan 72 lokasi yang telah dikenal pasti yang mana, bazar tersebut akan beroperasi setiap hari sepanjang Ramadan bermula pukul 3 petang sehingga 8 malam.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan melantik seramai 10,000 sukarelawan sebagai duta komuniti yang akan membantu mengingatkan orang ramai berkenaan pematuhan SOP.

“Di Putrajaya dan Labuan juga akan diadakan jualan bazar seperti ini walau bagaimanapun jumlahnya akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika melawat tapak penyusunan semula penjaja di Jalan Dungun dan Jalan Gelenggang pada Selasa.

Tambahnya lagi, penyusunan semula penjaja akan turut diperkenalkan di seluruh Kuala Lumpur dan beberapa lokasi yang telah dikenal pasti oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Penyusunan semula merupakan matlamat DBKL bagi membolehkan penjaja menjalankan perniagaan dengan lebih kondusif, berpusat serta sistematik dan yang paling penting kita mahu memastikan bahawa penduduk sekitar tidak merungut dengan kehadiran peniaga ini.

Shahidan berkata melalui penyusunan ini juga sebuah aplikasi bakal dibangunkan dengan kerjasama antara DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

“Aplikasi digital ini adalah bagi memudahkan orang ramai mendapatkan makanan atau barangan yang dijual oleh peniaga sekitar Kuala Lumpur terutama di bulan Ramadan.

“Selain berniaga di tepi jalan kita juga mahu peniaga untuk memberi fokus terhadap perniagaan secara online dan diharapkan ia akan memanfaatkan peniaga di sekitar Kuala Lumpur ini,” jelasnya.

Sementara itu, Shahidan memaklumkan program penyusunan ini juga mendapat kerjasama baik daripada YWP yang memberi sumbangan khemah kepada lebih 30 peniaga di Jalan Dungun dan Jalan Gelenggang.

Sumber : Wilayahku

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …