PROGRAM KOMUNITI DAN JELAJAH BERMOTOR JPJ NEGERI KELANTAN

 

JPJ Negeri Kelantan telah mengadakan Program Komuniti dan Jelajah Bermotor di beberapa daerah di Kelantan bermula 29 Mac 2022 hingga 30 Mac 2022 bagi mempromosikan Sambutan Hari JPJ Kali Ke-76 yang akan disambut pada 1 April 2022.

Antara pengisian aktiviti yang telah diadakan adalah Program Gotong Royong bersama penduduk setempat di Pekan Dabong disamping pihak JPJ menyediakan perkhidmatan JPJ Mobile bagi memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk membuat urusan JPJ.
Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya juga diadakan bagi memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada penduduk setempat. Antara pengisian program advokasi ini adalah pameran keselamatan jalan raya dan kuiz keselamatan jalan raya yang telah mendapat sambutan baik daripada para pengunjung.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …