MEDIA TIDAK BERDAFTAR, BERLESEN MERBAHAYA BUAT NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pusat Rujukan Berisiko)

Kecenderungan rakyat Malaysia untuk lebih mempercayai sumber berita yang tidak berdaftar dan berlesen berbanding media arus perdana amat membimbangkan kata Ketua Pesuruhjaya Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Sesetengah rakyat Malaysia yang mengambil dan mempercayai sumber berita tidak berlesen dan tidak berdaftar dan meletakkan media utama sebagai sumber rujukan kedua boleh memberi impak negatif kepada pembangunan dan keselamatan negara. Dengan perkongsian sumber berita tidak berdaftar dan tidak berlesen yang berkemungkinan datang daripada sumber yang tidak diteliti kesahihan fakta atau mempunyai motif tertentu dapat mempengaruhi pembaca dengan informasi yang salah dan kesan rantaiannya membawa kepada penolakan dasar-dasar yang telah dibuat demi kebaikan negara.

Media memainkan peranan sebagai semak dan imbang bagi memantau secara terperinci informasi untuk mengimbangi kuasa dalam rakyat. Selain itu, media juga menjadi perantara di antara pihak berkuasa dan masyarakat dalam menyampaikan maklumat yabg sahih dan berguna. Informasi yang sahih dan tepat adalah asas dalam membina masyarakat dan negara yang berintegriti dan maju.

Orang ramai boleh menyemak berita-berita yang tidak pasti di laman sesawang www.sebenarnya.my atau di laman sesawang media-media arus perdana dalam mengenalpasti kesahihan berita sebelum berkongsi kepada keluarga, sahabat dan masyarakat.

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut