10 AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) JOHOR MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS MESYUARAT (EXCO) KERAJAAN NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 26 Mac 2022 – Seramai 10 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) kerajaan negeri di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Majlis istiadat pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor itu telah  berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene. Berangkat sama dalam majlis tersebuta ialahTunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Barisan EXCO ini merupakan gabungan antara pemimpin-pemimpin lama yang sarat dengan pengalaman bersama dengan pemimpin-pemimpin muda yang berilmu dan berketrampilan. 70% daripada barisan exco adalah dari kalangan pemimpin muda Johor. Barisan EXCO Johor ini juga dibarisi pemimpin dari pelbagai kaum dan mengambil kira keseimbangan gender – yang mencerminkan wajah sebenar Bangsa Johor.

Tahniah Atas Pelantikan

Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO)

Kerajaan Negeri Johor

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber:
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Datuk Onn Hafiz Ghazi
Pejabat Daerah Tangkak

 

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …