KEJOHANAN REGATTA PIALA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG EDISI KHAS 2020

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Kepentingan Negeri)

PULAU PINANG, 28 MAC 2022 – Kejohanan Regatta Piala TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang – Edisi Khas 2020 telah diadakan pada 25 – 27 Mac 2022 di tanah lapang bersebelahan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Batu Maung. Kejohanan ini adalah anjuran Persatuan Perahu Layar Negeri Pulau Pinang.

Kejohanan telah dirasmikan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak. Antara tetamu yang hadir ialah YB. Soon Lip Chee, EXCO Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang, YB. Dato’ Haji Abdul Halim bin Hussain, EXCO Perdagangan, Industri & Pembangunan Usahawan, YBhg. Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim, Presiden, Persatuan Pelayaran Malaysia, YBhg. Encik Malik Faisal bin Abdul Rahim, Pengerusi, Persatuan Perahu Layar Negeri Pulau Pinang, dif-dif kenamaan dan pihak pengurusan yang terlibat.

Kejohanan dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Persatuan dan EXCO Belia & Sukan Negeri. Seterusnya, sebagai simbolik Perasmian, TYT Tun telah membunyikan hon udara bagi melepaskan peserta-peserta Regatta Piala TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Kejohanan diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada para penaja dengan disaksikan oleh TYT Tun. TYT Tun turut menyaksikan aktiviti perlumbaan pelayaran dengan memberikan sokongan sepenuhnya kepada para peserta.

Sumber:

Laman FB Rasmi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …