PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah menganjurkan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) pada 26 dan 27 Mac 2022 yang lalu, hari Sabtu dan Ahad bertempat di Perkarangan MYDIN Bukit Mertajam, Jalan Bharu Perai dalam Kawasan Parlimen Permatang Pauh & Bagan, Pulau Pinang.
Program Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang terus menjadi program yang dinanti-nanti oleh warga Pulau Pinang pada setiap minggu. PJKM Peringkat Negeri Pulau Pinang kali ini mengetengahkan PJKM Konsep Pasaraya untuk meninjau sejauh mana sambutan dan penerimaan pengunjung terhadap PJKM di premis pasaraya dan mendapat sambutan hangat seperti biasa.

Semestinya PJKM menawarkan barangan keperluan asas seperti ayam segar, minyak masak, tepung, daging segar tempatan, barangan runcit, makanan dalam tin, telur, ikan dan sayur-sayuran dengan perbezaan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

KPDNHEP Pulau Pinang turut merakamkan sekalung penghargaan kepada rakan niaga strategik yang membantu menjayakan PJKM Pulau Pinang yang telah berlangsung mulai Disember 2021 hingga kini. Dianggarkan sehingga hari tersebut, hampir 100,000 pengunjung telah mendapat manfaat dari siri Jelajah PJKM Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Walaubagaimanapun, orang ramai yang berkunjung ke PJKM dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Sumber:

Laman FB Rasmi KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …