DSA 2022: KE ARAH ERA BAHARU PERTAHANAN DAN KESELAMATAN

KUALA LUMPUR, Pameran Defence Security Asia (DSA) 2022 dan National Security (NATSEC) Asia 2022 secara rasminya dibuka untuk kunjungan ramai setelah sempurnanya acara Gracing Ceremony yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah hadir mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammudin bin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM untuk sama-sama menyaksikan acara pembukaan DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022 yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) bermula pada 28 Mac sehingga 31 Mac 2022.

Setelah diadakan kali terakhir pada 2018, sudah semestinya salah satu pertunjukan pertahanan dan keselamatan terkemuka di dunia ini dinanti-nantikan oleh semua pihak termasuk perwakilan dan peserta DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022.

Penganjuran DSA 2022 dan NATSEC 2022 yang bertemakan “Ke Arah Era Baru Pertahanan dan Keselamatan” ini secara tidak langsung akan menetapkan hala tuju pertahanan antarabangsa, terutamanya di saat melangkah ke era pasca pandemik.

Selain itu, sepanjang berlangsungnya acara DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022 ini juga bakal menyaksikan perjumpaan bilateral dan multilateral melibatkan 45 negara-negara luar antaranya Amerika Syarikat, China, Jerman, United Kingdom, India dan banyak lagi.

Pada hari ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat menghadiri pameran DSA dan NATSEC Asia 2022.

Dalam pada masa yang sama, terdapat juga lima kunjungan hormat terhadap Tan Sri PTD sempena DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022 di Pejabat PTD, MITEC iaitu kunjungan hormat daripada Commanding General United States Army Pacific (USARPAC), Kepala Staf Angkatan Darat (KASAD) Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD), Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Denel Land System South Africa.

 

Sumber: FB Kementerian Pertahanan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 1,500 JEMAAH HAJI PAHANG TERIMA SUMBANGAN RM750 SEORANG

KUANTAN: Kerajaan negeri melalui Barakah Haji Pahang memperuntukkan RM1.191 juta kepada 1,588 bakal jemaah haji negeri itu yang akan berangkat …
Maklumat Lanjut

JABATAN PERHUTANAN SASAR CAPAI MISI TANAM 100 JUTA POKOK AKHIR TAHUN INI

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia percaya sasaran kempen menanam 100 juta pokok mampu dicapai lebih awal selewat-lewatnya akhir tahun ini …
Maklumat Lanjut

AKAUN FLEKSIBEL PENUHI KEPERLUAN KECEMASAN M40, B40 – CIMB RESEARCH

KUALA LUMPUR: Pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi keperluan kecemasan dijangka lebih mendesak kepada pencarum B40 dan …
Maklumat Lanjut