DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)
BUTTERWORTH, 28 MAC 2022 – Pejabat ADUN Bagan Dalam dengan kerjasama Ahli Majlis MBSP Encik Chee Yeeh Keen serta MPKK Heng Choon Thian telah menganjurkan Program Pengindahan Dan Menanam Pokok Di Taman Tupai, Taman Bagan Baru, Butterworth pada 26 Mac 2022.
Program pengindahan taman permainan dengan menanam pelbagai pokok hiasan ini telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Azhar bin Hj Arshad, Datuk Bandar Seberang Perai bersama-sama YB Satees a/l Muniandy, ADUN Bagan Dalam. Antara tetamu yang turut hadir ialah En. Chee Yeeh Keen, Ahli Majlis MBSP, YBrs. Puan Nur Farina binti Akmal, ADO Pejabat Daerah SPU, Penghulu, wakil PDRM, MPKK Heng Choon Thian serta penduduk sekitar.
Sumber:
Laman Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai