MALAM MES DINING OUT “JASA BAKTI PENCETUS INSPIRASI” KETUA POLIS KELANTAN

 

KOTA BHARU, 27 March 2022 – Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Shafien bin Mamat dan isteri Datin Zairihan binti Che Harun telah diraikan dalam Malam Mes Dining Out sempena Persaraan wajib pada 30 April 2022 nanti yang akan menjadi hari paling keramat dalam lipatan hidup Ketua Polis Kelantan setelah hampir 38 tahun mencurah bakti sebagai Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibawah naungan Panji Keramat Sang Saka Biru.
Bertemakan “JASA BAKTI PENCETUS INSPIRASI” Malam Mes Dining Out telah diadakan dengan penuh istiadat kepolisan dan dalam suasana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) susulan Covid-19 telah berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Grand Renai, Kota Bharu Kelantan.
Mengimbau kembali perjalanan sepanjang perkhidmatan Dato’ Ketua Polis Kelantan majlis telah diserikan dengan tayangan montaj sebagai kenangan terindah yang telah diilhamkan oleh Datin Zairihan bersama anak-anak.
Selamat menjalani persaraan serta ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih buat CP Dato’ Shafien bin Mamat, Ketua Polis Kelantan serta Datin Zairihan binti Che Harun, Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan diatas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada Kontinjen Kelantan sesungguhnya jasa bakti YDH Dato’ pencetus inspirasi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat masyarakat.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut