ROGRAM PENCEGAHAN DADAH BELIA KG KEMASIN

 

TARIKH : 25.03.2022 (JUMAAT)
MASA : 08.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : Gelanggang Sepak Takraw Hadapan Surau Hidayah Kg Kemasin
AADK Daerah Bachok dengan kerjasama Pejabat Dun Pantai Irama telah mengadakan satu program pencegahan iaitu Program Pencegahan Dadah Belia Kg Kemasin bertempat Gelanggang Sepak Takraw Hadapan Surau Hidayah Kg Kemasin. Antara aktiviti yang berlansung pada hari ini seperti Pameran infografik antidadah, pertandingan sepak takraw belia kg kemasin serta cabutan bertuah.
Program ini bermatlamat menggalakkan belia untuk menyertai aktiviti sihat dan berfaedah. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh YB Hj Mohd Huzaimy Bin Che Hussin ADUN Pantai Irama. Program ini turut dihadiri oleh Ketua AADK Daerah Bachok Tuan Zulkipli Muhammad , wakil daripada Rumah Saidina Umar (RSU) dan penghulu kg kemasin.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
SUMBER : AADK BACHOK

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …