KUNJUNG HORMAT MKN KE ATAS SUK PERAK

 

 

 

 

 

 

Pada 27 Disember 2019 Yang Berusaha Tuan Khairul Ridzuan bin Haji Mat Said, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak yang baharu.

Kunjungan ini merupakan pertemuan yang julung kalinya diadakan oleh MKN Perak ke pejabat Yang Berhormat SUK Perak semenjak pelantikan beliau pada 18 Disember 2019. Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mempereratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara MKN Negeri dan pihak pentadbiran SUK. Di samping itu juga melalui pertemuan ini ke dua-dua pihak saling berbincang dan berkongsi pandangan mengenai isu-isu keselamatan dan senario semasa yang berlaku di Negeri Perak.

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut