SEORANG LELAKI TEMPATAN DITAHAN BERSAMA 180 LITER MINYAK PETROL DISYAKI CUBAAN DISELUDUP BERJAYA DIPATAHKAN

 

TUMPAT : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menerima serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 9 disini hari ini.
Serahan melibatkan anggaran sejumlah 6 tong jerikin minyak petrol anggaran kuantiti 180 liter disyaki dalam cubaan untuk diseludup ke negara jiran bersama sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 378.00.
Turut ditahan pemandu kenderaan tersebut, seorang lelaki melayu berumur 20an merupakan warganegara tempatan dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan tersebut adalah sebanyak RM 25, 378.00.
Kes dihasilkan melalui perkongsian maklumat risikan antara kerjasama bersepadu KPDNHEP bersama PGA Batalion 9 semasa sekatan jalan raya di Pos Pulau Ular Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan dan seterusnya siasatan lanjut dijalankan serta kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara sentiasa dijalankan dari masa ke semasa.
Pengguna boleh menyalurkan aduan sekiranya mengesyaki aktiviti yang mencurigakan dan tindakan yang tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang akan diambil.

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut