OPS LEBIH MUATAN DI NEGERI PULAU PINANG

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Operasi Khas Lebih Muatan dan Pelbagai Kesalahan terhadap Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) yang membawa muatan melebihi had dibenarkan, kesalahan teknikal, pelesenan memandu dan pelesenan kenderaan pada 27 Mac 2022 di seluruh daerah di Negeri Pulau Pinang.

Penguatkuasaan ini bertujuan untuk memastikan KPB mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa serta kenderaan selamat digunakan di jalan raya. Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemandu atau pemilik atau kedua-duanya sekiranya tidak patuh pada Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Sepanjang penguatkuasan yang dilaksanakan, pelbagai kesalahan telah diambil tindakan. Antaranya ialah kesalahan membawa lebih muatan melebihi had yang dibenarkan di bawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959. Lain-lain kesalahan melibatkan kesalahan teknikal seperti mengubahsuai kenderaan tanpa kebenaran, tayar haus berlebihan, lampu brek dan lampu isyarat tidak berfungsi, cermin gelap tidak mengikut peraturan  ketelusan cahaya (VLT) dibenarkan, memasang ‘strobe light’, tiada lesen memandu dan Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Barangan (GDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta perlindungan lnsurans tamat tempoh dan disk Puspakom tamat tempoh juga telah diambil tindakan.

Sumber: Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …