
JELEBU, 26 Mac 2022 – Remaja merupakan aset penting untuk menggerakkan pembangunan negera masa akan datang. Oleh itu, tingkah laku kesihatan yang positif perlu diterapkan dalam kehidupan mereka agar membesar sebagai individu yang mempunyai kesejahteraan menyeluruh.
Berlandaskan itu, Klinik Kesihatan Simpang Durian dengan kerjasama JAKOA Daerah Jelebu mengadakan Program Kesihatan Remaja yang diadakan di Kampung Orang Asli Rangoi.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Bertujuan memberikan dan menyampaikan maklumat berkaitan kesihatan kepada remaja.
Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang program ini seperti ceramah, pemeriksaan kesihatan, sukan dalaman serta cabutan bertuah.
Ceramah kesihatan remaja telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Simpang Durian, Dr. Azmi Farhan Daim dengan tajuk berkaitan kehamilan diusia remaja, penggunaan gajet yang terlalu lama dan tanpa kawalan, pengambilan vaksinasi dikalangan remaja, pengambilan alkohol, penyakit berjangkit serta kebersihan diri dan persekitaran.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah pertandingan dilakukan oleh En. Mohammad Fauzi bin Ali, Pegawai JAKOA Daerah Jelebu.

