210 PELAJAR TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN KOTA LAMA

 

KOTA BHARU – Seramai 210 pelajar menerima sumbangan bantuan persekolahan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali Sekolah Peringkat DUN Kota Lama 2022 yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Dusun, semalam.
Setiausaha DUN Kota Lama, Mohd Mortazi Ismail mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, YB Dato’ Anuar Tan Abdullah menyampaikan sumbangan tersebut.
Dalam ucapannya, beliau berharap dengan bantuan ini akan menyuntik semangat kepada para pelajar pada sesi baharu persekolahan serta dapat meringankan bebanan kepada keluarga penerima.
Turut hadir, para penghulu mukim, sekretariat PKD Kota Lama dan ibubapa pelajar.

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …