PASAR RAKYAT KEL-AGRO 2.0 LEBIH MERIAH

 

KOTA BHARU – Terdapat 21 produk yang ditawarkan dengan harga promosi di Pasar Rakyat KelAgro 2.0, semalam.
Penganjuran kali kedua Pasar Rakyat KelAgro di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV itu lebih mendapat sambutan sangat menggalakkan kerana melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Pertanian, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), Jabatan Perkhidmatan Verterina, FAMA, Jabatan Perikanan, Bio Tajmeel, Pusat Kesihatan Negeri dan pelbagai lagi syarikat IKS termasuklah produk daripada Perbadanan Kemajuan Pertanianan Negeri Kelantan (PKPNK) iaitu sayuran sawi dan salad hidroponik yang ditanam di Rong Chenok Agro Valley (RCAV).
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berterima kasih dan tahniah kepada PKPNK yang sekali lagi berjaya mengajurkan program ini.
KelAgro ialah inisiatif Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanianan Negeri Kelantan (PKPNK) bersama agensi yang berkaitan dalam membantu rakyat mendapatkan bekalan harian pada harga yang lebih rendah kerana mendapat subsidi harga daripada Kerajaan Negeri.

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut