KERAJAAN KELANTAN PERUNTUK RM10 JUTA TANGANI MASALAH BANJIR KILAT

 

TUMPAT – Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM10 juta sebagai permulaan awal untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda beberapa kawasan di negeri ini setiap kali hujan lebat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, peruntukan itu telah diluluskan pada Rabu semasa mesyuarat Exco di Kota Darulnaim.

“Ia melibatkan kerja-kerja mencuci longkang, penukaran saiz longkang dan mencuci kawasan-kawasan alur kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis ‘Jjupo mato’ bersama rakyat dan Taman Bandar Tumpat di Kampung Baru Nelayan di sini pada Khamis.

Menurutnya, kerja-kerja tersebut bagi memastikan aliran air hujan dapat mengalir dengan cepat dan sempurna sekali gus mengelakkan berlaku banjir kilat.

Beliau berkata, antara lokasi yang sering berdepan dengan banjir kilat ialah di Kubang Kerian, Panji, Ketereh dan Kota Kubang Labu (Tumpat).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan itu berkata, kerja-kerja mengatasi banjir kilat ini akan dilaksanakan serta-merta.

“Kami ambil serius perkara ini kerana ia melibatkan soal kepentingan rakyat.

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …