TAKLIMAT KESELAMATAN MAKANAN SEMASA JUALAN BAZAR RAMADHAN BAGI TAHUN 2022 DI DAERAH MACHANG

 

Aktiviti Taklimat Keselamatan Makanan semasa jualan Bazar Ramadhan bagi Tahun 2022 kepada peniaga bazar disekitar daerah Machang.
Sempena kebenaran semula untuk aktiviti jualan Bazar Ramadhan, pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Machang bersama pihak PBT Machang berharap pihak peniaga dapat mematuhi SOP serta Peraturan Peraturan berkaitan penjualan makanan semasa jualan di Bazar Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi.
Pada orang ramai pula, yang sudah hampir 2 tahun tidak mengunjungi Bazar Ramadhan pesanan kami kepada anda sentiasa lah memilih gerai makanan yang bersih.
Serta jangan lupa amalkan konsep LIHAT, HIDU dan RASA sebelum membeli dan menjamu makanan yang dibeli
LIHAT dan perhati makanan yang hendak dibeli.
HIDU makanan sebelum menjamu makanan tersebut.
RASA dahulu makanan yang dibeli setelah tiba waktu berbuka, jika terdapat perubahan rasa jangan teruskan memakan makanan tersebut.
Pilihan ditangan anda. Pilih makanan yang selamat, elakkan kejadian KERACUNAN makanan di bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …