KPDNHEP PULAU PINANG RAMPAS SET ALATAN KARAOKE

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

SEBERANG PERAI, 24 MAC 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas pelbagai peralatan elektronik khususnya berkaitan hiburan dalam dua serbuan berasingan di Bukit Mertajam.

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, serbuan kira-kira pada jam 4.00 petang itu dilakukan dengan kerjasama wakil Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selepas menerima aduan daripada wakil pemilik hak cipta.

Hasil pemeriksaan terhadap premis di Jalan Perusahaan Juru Autocity dan Jalan Icon City itu mendapati terdapat set karaoke yang mengandungi salinan langgaran yang digunakan bagi tujuan perniagaan di dalam premis tersebut.

Pegawai serbuan kemudian telah menyita sebanyak dua unit set karaoke, dua unit amplifier, dua unit televisyen, empat unit speaker serta enam unit mikrofon yang dianggarkan bernilai kira-kira RM140,000 untuk siasatan lanjut. Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987.

KPDNHEP kemudiannya mengingatkan mana-mana pihak yang menggunakan karya hak cipta bagi aktiviti perniagaan supaya memohon kelulusan daripada pemilik karya hak cipta bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

 

Sumber:

KOSMO

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …