PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA WP LABUAN

Program Jualan Keluarga Malaysia akan diadakan pada 26hb Mac sehingga 27hb Mac 2022 (Sabtu & Ahad) di Medan Letak Kenderaan Bataras Hypermarket Batu Arang Jalan Tun Mustapha 87000 WP Labuan dari pukul 08.30 pagi sehingga 06.00 petang.

Para pengunjung yang datang juga dinasihati untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu mengamalkan penjarakkan fizikal , memakai pelitup muka dan mengimbas Kod QR Mysejahtera di pintu masuk.

Program ini merupakan inisiatif kerajaan bagi memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas harian dengan harga yang amat berpatutan. Masyarakat setempat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dapat membeli pelbagai barangan keperluan harian dengan perbezaan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran di setiap lokasi program PJKM.

Sumber: KPDNHEP WP LABUAN

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …