MAJLIS PELANCARAN PROGRAM Go-To-Safety-Point (GTSP) & HARI BERSAMA PELANGGAN PERINGKAT DAERAH NILAI

   

NILAI – 23 Mac 2022, Bahagian Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti IPD Nilai telah membuat majlis pelancaran program GTSP & hari bersama pelanggan peringkat IPD Nilai yang berlangsung di perkarangan Stesen Petronas Bandar Baru Nilai.

Majlis di Rasmikan oleh YDH Supt Mohd Fazley Bin Ab Rahman – KPD Nilai serta diiringi oleh YBhg Encik Rosnan Bin Hamzah – Pengurus Bahagian Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar Petronas. Turut hadir YDH DSP Mat Ghani Bin Lateh – Tim KPD Nilai, YBhg Encik Ikhwan Shah Bin Mokhtar – Ketua Jualan Runcit & Operasi 3, Jabatan Jualan Runcit & Operasi Petronas, Puan Fauziah Bt Abdullah – Pegawai Penerangan Daerah Seremban, Tuan Bakariya Bin Mphd Saleh – Ketua Balai Bomba & Penyelamat Nilai, Encik Kamarul Hisam Bin Mustafa – Pengerusi PJK N9, Cik Stahira Bt Saidi – Petronas HQ, Encik Ismail Bin Awang Ahmad – RMT Entertainment, Unit K9 IPD KLIA, Ketua-Ketua Bahagian dan Anggota IPD Nilai.

Antara objektif program ini adalah untuk Pengenalan kepada program GTSP di kalangan pengusaha stesen minyak Daerah Nilai disamping dapat bersuai kenal antara KPD Nilai & barisan kepimpinan dengan pengusaha stesen minyak serta komuniti setempat. Selain itu, program ini juga adalah salah satu Program sempena Hari Polis serta aktiviti turun padang Ketua Polis Daerah Nilai, di mana program ini memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pencegahan jenayah sekaligus memperkasakan program GTSP di kalangan masyarakat. Antara stesen minyak yang terlibat dalam program ini adalah Petronas Shell,Petron,Carltex,Five.

Secara keseluruhan program ini berjalan lancar & teratur serta mencapai objektif. Menerusi simulasi yang di pertontonkan sedikit sebanyak memberi kefahaman kepada para pengusaha stesen serta komuniti yang hadir tentang peranan mereka dalam membantu masyarakat yang dalam kesusahan khususnya dalam kejadian jenayah yang sering berlaku di stesen minyak. Rata-rata yang ditemui berharap program seperti ini akan dapat memberi manfaat serta ilmu pengetahuan dan kefahaman berkaitan GTSP.

   

Sumber : FB Polis Daerah Nilai

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …