SERBUAN PDRM PULAU PINANG KE ATAS MAKMAL MINI PROSES DADAH UNTUK PUSAT HIBURAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)

Sindiket dadah dikesan aktif sejak bulan lalu, menjadikan sebuah rumah di Pulau Pinang sebagai makmal mini untuk memproses serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA), syabu, ketamin, pil ekstasi dan erimin 5.

Kegiatan tersebut terbongkar selepas polis melakukan serbuan pada 2 pagi, Khamis lalu dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun.

PDRM Pulau Pinang melalui Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan bahawa dalam serbuan itu, pihaknya menemukan 85 paket dadah MDMA, syabu (53.7 gram), empat paket ketamin (16.5 gram), 45 biji pil ekstasi (16 gram) dan 40 pil dadah erimin 5 (12 gram).

Dadah diproses tersebut dipercayai untuk campuran dalam minuman perisa buah-buahan bagi pasaran pusat hiburan sekitar negeri. Hasil risikan mendapati aktiviti sindiket itu bergiat aktif sejak Februari lalu dan ujian saringan terhadap suspek mendapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Suspek ditahan reman selama enam hari sehingga 22 Mac bagi membantu siasatan, selain pihak PDRM Pulau Pinang turut menyita motosikal.

Keseluruhan nilai rampasan termasuk dadah bernilai RM110,385 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.

PDRM Pulau Pinang bagi tempoh 1 Januari hingga 19 Mac lalu  telah melaksanakan 12 Operasi Tapis Khas dan Operasi Sarang serta menumpaskan tujuh sindiket dadah.

Sumber:

Harian Metro

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …