PERDANA MENTERI MINTA VIETNAM SELESAIKAN ISU PENCEROBOHAN NELAYAN DENGAN SEGERA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 1: KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH (Domain Maritim)

Malaysia meminta Vietnam untuk mengambil tindakan konkrit segera supaya insiden pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia dapat diselesaikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kepada kumpulan media Malaysia di sini hari ini selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari di Vietnam, semalam bahawa isu berkenaan semakin membimbangkan kerana sejak kebelakangan ini nelayan Vietnam bukan sahaja menceroboh, malah ada yang bertindak agresif dan provokatif terhadap penguat kuasa maritim dan nelayan Malaysia dalam perairan negara.

Perkara ini sekiranya dibiarkan mungkin boleh mencetuskan isu yang lebih besar, ini berkait rapat dengan isu dan aktiviti perikanan IUU (Illegal, Unregulated and Unreported Fishing-perikanan yang melanggar undang-undang, tidak dikawal selia, tidak dilaporkan) dalam perairan Malaysia.

Katanya beliau berharap kerajaan Vietnam atas dasar persahabatan dengan Malaysia, mengambil tindakan segera supaya tindakan pencerobohan nelayan dapat diselesaikan. Perdana Menteri Vietnam diminta untuk mengambil tindakan konkrit yang segera untuk menghentikan tindakan pencerobohan yang kian berleluasa itu.

Sumber:

Bernama

 

 

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …