RIZAB ANTARABANGSA BANK NEGARA  MALAYSIA SEHINGGA 15 MAC 2022

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan pada 22 Mac 2022 telah melaporkan jumlah rizab antarabangsa BNM sehingga 15 Mac 2022 ialah sebanyak AS$115.2 bilion (AS$1=RM4.18), berbanding AS$115.8 bilion pada Februari 2022 dan paras rizab itu memadai untuk membiayai enam bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.2 kali kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa BNM ialah rizab mata wang asing yang berjumlah AS$102.0 bilion pada 15 Mac serta kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.0 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.5 billion).

Sumber: BERNAMA

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …