MALAYSIA SETUJU BEKALKAN PETROLEUM RON95 DAN TINGKATKAN KERJASAMA INDUSTRI HALAL DENGAN VIETNAM

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Diplomasi Ekonomi)

Malaysia sedia menawarkan kepakaran dan khidmat nasihat kepada Vietnam, termasuk syarikat-syarikat Vietnam yang menyatakan minat untuk meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam membangunkan industri halal mereka. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerjasama ini telah pun bermula dan dalam hal ini, Halal Development Corporation (HDC) Malaysia telah ditugaskan untuk mengambil tindakan susulan.

Lawatan rasmi Perdana Menteri dan delegasi Malaysia pada 20-22 Mac 2022 juga berjaya membawa berita gembira kepada negara selepas Vietnam mengemukakan permintaan untuk mendapatkan bekalan petroleum dan gas tambahan dari Malaysia dan Malaysia bersetuju untuk membekalkan 300,000 tong petroleum (RON95) kepada Vietnam pada peringkat permulaan.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri turut mengambil peluang mempelawa para pelabur Vietnam untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia dalam bidang yang boleh diterokai termasuk pendigitalan, pembuatan pintar dan keselamatan siber. Katanya, Malaysia telah mengadakan kolaborasi strategik di antara Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan FPT Software Vietnam untuk membangunkan Pusat Kecemerlangan Industri Masa Depan (CoEFI) bernilai hampir RM100 juta dalam bidang automotif, Connected Mobility, Robotik, Internet Kebendaan (IoT) dan pendigitalan di Kuala Lumpur dan Sabah.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …