ISU BEKALAN AIR PULAU PINANG : KERAJAAN PUSAT BERHARAP NEGERI TERLIBAT CAPAI PERSEFAHAMAN TERBAIK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Keselamatan Air)

Kerajaan Pusat berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak dapat mencari penyelesaian terbaik berhubung isu pembekalan air melibatkan ketiga-tiga negeri tersebut. Ini kerana menurut Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah, sumber air merupakan satu keperluan bukan hanya kepada manusia malah penting untuk sektor pertanian.

Jelasnya, sektor air dan tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sekali gus berharap pihak terlibat dalam mencari penyelesaian lebih konkrit dan bermakna.

Manakala pihak Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) pula, amat mengalu-alukan persefahaman antara kerajaan negeri yang terlibat untuk untuk menyelesaikan isu terbabit demi kemudahan penduduk serta tanaman. Persefahaman yang dicapai seterusnya akan memberi manfaat kepada semua pihak. Beliau berkata ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Ke-24 Persatuan Kebangsaan Bagi Pengairan dan Saliran Malaysia (Manco) di Georgetown pada 22 Mac 2022.

Datuk Seri Ahmad Hamzah ditanya berhubung risiko kepada sektor pertanian di Negeri Pulau Pinang selepas usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan bekalan air mentah dari Perak melalui Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) tidak dapat dipenuhi oleh Kerajaan Negeri Perak.

Dalam maklum balasnya sebelum ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, negeri itu khususnya di bahagian utara juga menghadapi masalah kekurangan bekalan air mentah untuk kegunaan pelbagai sektor seperti industri, komersial, pertanian dan kediaman penduduk. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga berdepan tekanan daripada Kerajaan Negeri Kedah yang berterusan menuntut bayaran sumber air yang diambil negeri itu dari Sungai Muda.

Beliau juga memaklumkan bahawa bekalan makanan negara khususnya menjelang sambutan Bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal tiba adalah mencukupi dan stabil. Pihaknya (MAFI)  juga sentiasa membuat unjuran berkenaan bekalan makanan tersebut. Sebagai contoh bekalan ayam segar yang mana akan ditambah di pasaran pada bulan berikutnya sekiranya terdapat laporan berlakunya kekurangan.

Sumber :

UTUSAN MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut