IPRS: PDRM NAIK TARAF SISTEM LAPORAN POLIS KE VERSI TERKINI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Keselamatan Data Menyeluruh)

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses menaik taraf perkakasan dan perisian pangkalan data penerimaan laporan polis iaitu Integrated Police Reporting System (IPRS) ke versi terkini.

Kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan secara berfasa bermula Sabtu lalu. Proses menaik taraf pangkalan data terbabit telah ditetapkan di dalam kontrak penyelenggaraan sistem bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, maklum Timbalan Pengarah Teknikal Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Shukri Abdullah

Pihak syarikat yang dilantik sedang menjalankan konfigurasi dan ‘troubleshooting’ bagi isu-isu teknikal berbangkit ekoran proses migrasi data yang besar. Sebarang kesukaran mengakses IPRS yang dialami merupakan gangguan sementara dan keseluruhan proses penyelenggaraan dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

PDRM mempunyai mekanisme proses kerja secara manual bagi memastikan kesukaran mengakses IPRS tidak menjejaskan penerimaan laporan polis.

Urusan laporan polis berjalan seperti biasa di mana-mana kaunter balai polis.

Sumber:

SINAR HARIAN

 

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut