KERAJAAN KOMITED KEKALKAN 42 PERATUS KELUASAN HSK

 

MACHANG – Sehingga kini keluasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Negeri Kelantan adalah 629,880.95 hektar iaitu bersamaan dengan 42 peratus daripada keluasan negeri.
Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Ahmad Yakob memaklumkan bahawa walaupun Kelantan memiliki 42 peratus kawasan HSK, tidak dinafikan usaha pengeluaran hasil di kawasan yang boleh diusaha hasil dilakukan kerana jika pokok-pokok tersebut tidak dikeluarkan, ia akan tetap rosak ataupun berlubang.
Dalam pada itu, kawasan yang diusaha hasil tersebut tidaklah termasuk dengan hutan perlindungan, hutan pelajaran, hutan dara dan hutan tadahan air.
Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah menyatakan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan akan terus komited dalam melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan dengan memberi penekanan kepada keseimbangan aspek pemeliharaan serta pemuliharaan hutan dan fungsinya dalam pembangunan sosiekonomi.
Sementara itu, tema sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan tahun ini adalah “Hutan Untuk Kesejahteraan Malaysia” (Forests For Community Livelihood).

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut