PENGISIAN KEKOSONGAN GERAI MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Pengurusan Peluang Pekerjaan Warga Tempatan)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempelawa para peniaga yang berminat untuk memohon bagi mengisi gerai di pasar/ kompleks/ tapak penjaja MBPP. Pendaftaran mulai 21 Mac 2022 sehingga 27 Mac 2022.

Satu sesi temuduga awam secara dalam talian akan diadakan pada 29 Mac 2022 bagi mengisi kekosongan 78 tapak gerai tersebut melibatkan  18 lokasi sekitar bahagian pulau.

Mereka yang berminat untuk menyewa lot gerai dipelawa membuat permohonan berwajib menerusi portal pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan di  https://elesen.mbpp.gov.my. Pemohon mesti mengemukakan nombor telefon yang sah dan mempunyai aplikasi “Whatsapp” semasa membuat pendaftaran.

Pemohon yang tidak berdaftar dalam tempoh tersebut tidak layak untuk menyertai sesi temu duga berkenaan, jelasnya yang juga Pengerusi Panel Temu Duga & Hal Ehwal Unit Perniagaan Kecil MBPP.

Seberang pertanyaan, boleh hubungi Jabatan Pelesenan MBPP menerusi talian 04- 2638 818 sambungan 307/308/309/310

Sumber:

Laman FB Rasmi MBPP

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …