MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SEMPENA SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-215 PERINGKAT IPD SEREMBAN

   

Seremban, 18 Mac 2022 – Telah berlangsung majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban bertempat di Surau Al-Istiqamah IPD Seremban sekitar jam 10 pagi.

Majlis seperti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silatulrahim warga IPD Seremban dan memohon serta berdoa agar negara Malaysia kekal aman, harmoni dan hidup sejahtera dengan pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Turut hadir YDH ACP Nanda Bin Ma’arof, Ketua Polis Daerah Seremban dan YBhg. Puan Hajah Normala Bt Ramli, Pengerusi PERKEP Daerah Seremban, YDH Supt Rosli Bin Ishak Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban dan YBhg. Puan Zabidah Binti Ismail, Naib Pengerusi PERKEP Daerah Seremban, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, APR dan Pegawai Awam.

Sumber : FB IPD Seremban

Artikel/Berita Terkini

KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini mempunyai …
Maklumat Lanjut

KETAHUI KEPERLUAN KALORI ANDA

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai …
Maklumat Lanjut

ENAM PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN SYAWAL

Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah. Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan setelah …
Maklumat Lanjut