PERTANDINGAN TARIAN ZAPIN KREATIF 2022 WP LABUAN

WP LABUAN – Kumpulan Arts Talent Production muncul johan dalam pertandingan Tarian Zapin Kreatif 2022 anjuran Perbadanan Labuan yang berlangsung di Ujana Kewangan Labuan.
Kumpulan berkenaan menerima hadiah wang tunai RM5000.00, trofi berserta sijil. Naib johan disandang oleh kumpulan Merpati DC dengan membawa hadiah wang tunai RM3000.00, trofi berserta sijil.
Manakala Kumpulan Kelab Kebudayaan dan Kesenian UMS terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan menerima hadiah wang tunai RM2000.00, trofi berserta sijil.
Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato Sri Amir Hussien. Turut dipertandingkan dalam program itu bagi koreografi terbaik, busana dan tatarias terbaik serta kumpulan harapan.
Sumber: JAPEN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …