PROGRAM KAYUHAN PDRM 215 KONTINJEN KELANTAN FUN RIDE SEMPENA SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS TAHUN 2022

IPK Kelantan, 19 Mac 2022 – Program Fun Ride sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 Tahun 2022 telah mengumpulkan seramai 1000 orang peserta dengan mengayuh basikal sejauh empat puluh (40) Kilometer.
Acara perlepasan peserta Kayuhan Fun Ride ini telah disempurnakan di perkarangan IPK Kelantan dengan simbolik perlepasan ‘Flag Off’ oleh Ketua Polis Kelantan bersama YB Dato’ Kaya Setia Dato’ Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan para penaja program. Taklimat keselamatan telah disampaikan oleh DSP Rano bin Othman, Setiausaha Program Fun Ride dalam memastikan keselamatan para peserta kayuhan kekal selamat sepanjang program berlangsung.
YDH Ketua Polis Kelantan telah menyampaikan ucapan dan seterusnya telah merasmikan majlis Program Kayuhan PDRM 215 Kontinjen Kelantan Fun Ride Tahun 2022 yang telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai matlamat dalam penganjuran yang mana sebahagian besar daripada kutipan yuran pendaftaran program ini akan disumbangkan kepada Asnaf, Anak-anak Yatim dan Tabung pembangunan Masjid Mukim Aur Gading, Kampung Manjor, Kuala Krai.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …