KONFLIK RUSSIA-UKRAINE: KERAJAAN AMBIL LANGKAH INTERVENSI KAWAL HARGA BAHAN MAKANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan bahawa Kerajaan mengambil pelbagai langkah intervensi bagi memastikan konflik Rusia-Ukraine tidak menjejaskan pengeluaran makanan dan mengawal harga bahan makanan di negara ini.

Antara langkah intervensi itu, termasuk menyediakan subsidi kepada beberapa bahan makanan seperti ayam dan telur, bagi menghadapi sebarang faktor luar jangka akibat konflik dua negara tersebut.

Kerajaan merupakan kerajaan yang prihatin. Kita (kerajaan) akur akan kenaikan harga kos yang di luar kawalan, menyebabkan kos pengeluaran bahan makanan di negara kita terkesan dan meningkat sedemikian rupa.

Kerajaan mengambil pelbagai langkah dan intervensi jangka pendek dan panjang memastikan pengeluaran tidak terjejas dan mengawal kenaikan harga kepada pengguna disebabkan kenaikan kos input dari luar.

Sumber:

BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …