PULAU PINANG: SUASANA SESI PERSEKOLAHAN BAGI TAKWIM AKADEMIK 2022/2023

Sesi persekolahan bagi takwim akademik 2022/2023 sekolah-sekolah Zon B di seluruh negara bermula hari ini (21 Mac 2022). Tinjauan hari pertama persekolahan di beberapa sekolah rendah dan pra sekolah di sekitar Kepala Batas, Seberang Perai Utara didapati berjalan lancar walaupun cuaca mendung dan hujan di beberapa tempat.

Murid-murid yang hadir telah disambut oleh guru-guru yang lengkap memakai pelitup muka. Pihak pengurusan sekolah juga mengingatkan murid-murid agar sentiasa memakai cecair pensanitasi tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal sebelum mereka dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

Selain itu, pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut kelihatan di sekitar sekolah untuk memantau Prosedur Operasi Standard (SOP) dan aliran trafik di kawasan sekolah berkenaan.

Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah yang telah membuat persiapan rapi menyambut kehadiran murid-murid pada sesi persekolahan kali ini. Semoga para guru dan murid-murid sentiasa sihat ceria menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran serta terhindar daripada wabak pandemik COVID-19.

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut