OPERASI PENCEGAHAN JENAYAH BERSEPADU / PENGUATKUASAAN SOP PPN – FASA 4.0 COVID -19

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Satu operasi bersepadu yang disertai oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersama-sama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diadakan di Karakara Sdn Bhd, Town Side Kitchen, XLK Gurney Sdn BHD, Hello Superstore Sdn Bhd (Seven Club), Majlis Catering Sdn Bhd (Pappelli), Sea Queen Restaurant, Sip Easy Bar And Bistro , Vihara Niaga F&B Sdn Bhd dan North Rising Sdn Bhd Restoran 1945. Operasi ini diadakan pada 19 Mac 2022 dan 20 Mac 2022 bermula 10.00 malam hingga 6.00 pagi. Sebanyak 13 kompaun dan 3 notis telah dikeluarkan kepada 9 premis perniagaan dalam operasi yang mengambil masa selama 8 jam.

Perhatian serius dan sikap bertanggungjawab haruslah dikekalkan walaupun negara kita sedang menuju ke arah Fasa Peralihan Endemik pada 1 April 2022.

Sumber;

Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …