PEMBULI JALAN RAYA DITAHAN POLIS

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan yang disyaki memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux secara berbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan di Kilometer 138.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata suspek berusia lingkungan 30-an ditahan di pejabat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam pada 19 Mac 2022 dan kes terhadap suspek disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terdahulu, tular klip video berdurasi satu minit 35 saat yang dimuatnaik seorang pelayar laman sosial Facebook memaparkan sebuah pacuan empat roda melakukan kesalahan buli jalan raya dengan beberapa kali cuba menghimpit sebuah kereta lain. Kenderaan itu kemudiannya dilihat terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar kon dan hampir merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …