DKN 2021-2025: NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6 (KEADILAN SOSIAL)

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL
Keadilan sosial adalah teras penting dalam memastikan keselamatan negara. Perlindungan hak asasi manusia bagi setiap rakyat Malaysia adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undangundang antarabangsa yang dianggotai (dengan reservasi) oleh Malaysia. Semua rakyat Malaysia termasuk dari golongan minoriti hendaklah sentiasa dilindungi dan tiada manamana pihak akan dipinggirkan. Nilai teras ini mestilah dipertahankan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dengan mengambil kira taraf kemajuan sosioekonomi kaumkaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasardasar kerajaan dan peruntukanperuntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan terus dilaksanakan. Walau bagaimanapun, prinsip keadilan sosial ini bukanlah landasan bagi manamana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan sehingga mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Sesungguhnya, faktor keselamatan merupakan salah satu tonggak yang penting dan menjadi asas kepada kejayaan kita dalam mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan negara.

β€œKeselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut